Khamis, 31 Julai 2008

DOA UNTUK KEKASIH


rahsia 'DIAM'

" Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam. Tetapi apabila engkau berkata, ditulis bagi engkau atau atas engkau (yang baik atau yang jahatnya)
: hadith riwayat Muaz bin Jabal

JALAN PARA ULAMA'.. JALAN KEJAYAAN.. JALAN KE SYURGA


Rabu, 30 Julai 2008

BAGAIMANA MENGHARGAI SESEORANG (sumber Amal-Halaman Hayat)


Ada pertanyaan tentang - bagaimana kita boleh menunjukkan penghargaan terhadap seseorang..? Apakah dengan memberinya sebungkus hadiah? Sekuntum bunga? Atau barangan yang mahal? Atau, cukup sekadar ucapan penghargaan dan 'terima kasih'..?[*Tentu saudara juga mempunyai pelbagai pandangan bagi menjawab persoalan ini.]
Saya ingin berkongsi pandangan berikut, yang mana kita tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk menghargai seseorang, dengan memberinya hadiah. Cuma, ketulusan rasa dan keikhlasan tenaga - merupakan 10 hadiah paling mudah (dan murah!) * [Walau bagaimanapun, saudara perlu menyesuaikan dengan keadaan- iaitu siapa penerimanya, serta tidak pula melanggar batas susila]

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan merancang bagaimana untuk membalas/mengutuk dan sebagainya. Tetapi, tunjukkan minat dan menjadi pendengar yang setia.

2. Hadiah Tanda Kasih: Usah kedekut memberikan pelukan, ciuman dan belaian tangan. Biarkan perlakuan ini untuk menunjukkan kasih sayang kita terhadapnya.

3. Hadiah Secebis Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau, sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel/sketsa. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa (berhibur) bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang padan dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi terhadap seseorang yang mempunyai nilai rendah diri/rendah hati.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang!

10. Hadiah Doa: Hadiah paling berharga! Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka- yang mereka setiasa berada di dalam doa kita. Ingat saudara, ini sekadar saranan/pandangan. Harap sesuaikan dengan situasi orang yang dihargai itu, dengan situasi keadaannya. Semoga dapat membantu!-Apa pula pandangan/komen saudara?

TAFAKUR (sumber Amal-Halaman Hayat)


DOSA manakah yang paling besar- minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh..?
Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, Dalam khutbah tersebut, Khalifah Ustman mengingatkan umat manusia agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dikisahkan suatu ketika dahulu, hidup seorang abid yang rajin beribadah ke masjid. Suatu hari, lelaki itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.Kerana sudah terpikat, lelaki itu menuruti saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaan perempuan cantik itu, tentang kemaksiatan:

Pertama, minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Dalam tanggapannya, minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu. lantas si abid itu memilih minum khamr.Tetapi apa yang terjadi, dengan meminum arak yang memabukkan itu, dia turut melakukan dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu, seterusnya membunuh bayi di sisinya."Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa.

Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."

[ Catatan : Remaja kita (khususnya orang Melayu) sudah ramai yang terlibat dengan minuman keras. Selain gejala sosial, penagihan dadah, seks bebas, merempit, dll.. Bersamalah kita memain peranan agar generasi pewaris kita tidak terjebak dengan gejala ini. ]

Fikir , Zikir & Amal

Tasbih & Tahmid.... ( sumber amal-halaman hayat)
Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.

Ash-Shura :: 27