Selasa, 26 Ogos 2008

lamanurani-cikli.blogspot.com : blog baru saya

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung blog ini jutaan terima kasih diucapkan atas sokongan dan komentar anda sekalian selama ini. Kini dengan izin Allah saya telah berjaya membina satu blog baru yang lebih berdaya saing, glokal dan islami.. semua rakan dan pengunjung dijemput untuk melayari blog tersebut.sekian terima kasih.

Sabtu, 23 Ogos 2008

Doa Muhammad Bin Abdullah Asy-Syibli

' Ya Tuhan, aku senang menghebahkan semua kebaikanku kepadamu, sekalipun aku fakir dan tidak berdaya. Maka bagaimana pula Engkau tidak senang menghebahkan kepadaku (memaafkan) semua kesalahanku, sedangkan Engkau Ya Tuhanku, kaya da tak perlu kepadaku.'

Selasa, 19 Ogos 2008

TAQWA -OPICK







Laaillahailallah 8x
Ku bersujud pada-Mu
Dan pasrahkan diri dike-mahaanMu
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa Dan setiap salahku
Kau jagalah lindungilah cintailah aku
Laaillahailallah 8x
Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia bila akhir waktu
Datang memanggilku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Allah Allah Allah
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Allah (Laaillahailallah)
Jagalah diriku jagalah diriku
Lindungi lindungi lindungilah aku ini
Jagalah cintai lindungi selamatkan
Ya Allah 2x(Laaillahailallah)
Jagalah ya AllahLaaillahailallah


Kuala Lumpur : YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah bersetuju melantik Ahli Lembaga Kaunselor yang baru berkuatkuasa pada 15 Ogos 2007 hingga 14 Ogos 2009. Perlantikan ini adalah bagi menggantikan Ahli Lembaga Kaunselor yang terdahulu yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan mereka pada 5 Julai 2007. Senarai penuh Ahli Lembaga Kaunselor bagi tahun 2007-2009 adalah seperti berikut:


Y. Bhg Dato' Dr. Mohd Mansor bin Abdullah - Presiden;
Y. Bhg Dato' Dr. Ismail bin Alias - Wakil Jabatan Perkhidmatan Awam;
Y. Bhg Dato' Rafek bin Reshidullah - Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat;
Y. Bhg Dato' Wan Muhamad bin Dato' Abd Aziz - Wakil JAKIM;
Y. Bhg Prof. Emeritus Dato' Dr. Amir bin Awang - Wakil Kaunselor Berdaftar;
Prof. Dr. Othman bin Dato' Mohamed - Wakil Kaunselor Berdaftar;
Prof. Dr. Suradi bin Salim - Wakil IPTA;
Prof. Dr. Md. Shuaib bin Che Din - Wakil Kaunselor Berdaftar;
Prof. Dr. Rohany bt Nasir - Wakil Kaunselor Berdaftar;
Prof. Dr. See Ching Mey - Wakil IPTA;
Dr. Sarfraz Manzoor Hussain - Wakil Kementerian Kesihatan;
Prof. Madya Dr. Fatimah bt Yusooff - Wakil IPTA;
Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din - Wakil Kaunselor Berdaftar;
Tn. Hj. Masbah bin Dato' Hj. Mohd Taha - Wakil Kementerian Pelajaran;
En. Razak bin Drahman - Wakil Kementerian Keselamatan Dalam Negeri;
SUPT. Ong Chin Lan - Wakil Kaunselor Berdaftar

Isnin, 18 Ogos 2008

FIKIR DAN AMAL


Keterangan : Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi MuhammadSAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapiNabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batutersebut tidak dibenarkan ikut.Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil ALAQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis).

Foto ini dari seorang hanba Allah sewaktu melawat Al Aqsa (ygsebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah … !! Foto ini dapat dibolosikerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjagatempat tersebut dengan ketat.
Sampai sekarang masjid “dome of rock” ditutup untuk umum, dan Yahuditelah membuat masjid lain iaitu Al Sakhra tak jauh disebelahnyadengan kubah “emas” ( yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan keseluruh dunia dimana2 ) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabuiummat Islam dimana masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi MuhammadSAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai “masjid kubah biru”.Sekarang ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israeldan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadahmereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.
* FIKIR : BENARKAH INI BATU YANG BENAR-BENAR NABI MAKSUDKAN DALAM PERISTIWA ISRAK MI'RAJ ? TUGAS KITA UNTUK MENCARI JAWAPAN*

Khamis, 14 Ogos 2008

KEM INTERGRASI BADAN BERUNIFORM


9 OGOS 2008, SAAS, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah bekerjasama dengan Unit Kokurikulum bagi mengadakan Kem Intergrasi Badan Beruniform 2008. Kem tersebut yang disertai oleh 100 pelajar tingkatan 1,2 dan 4 terdiri dari 10 unit uniform termasuk silat dan taekwando.

Program bermula pada hari jumaat danberakhir pada hari Sabtu jam 5 petang. Dalam pergrom tersebut pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan diantaranya aktiviti kawad kaki, kembara malam, barbi Q, pertandingan kebersihan khemah, pertandingan memasak, pertandingan pertolongan cemas,treasure hunt, kuliah maghrib dan subuh serta qiamulail.

Menurut peserta program "program ini sangat menarik, mencabar dan memberi pengetahuan serta pengalaman berguna walaupun ia hanya diadakan di kawasan sekolah". Program ini patut diteruskan pada masa-masa akan datang.

Tahniah kepada PK KOKO Pn. Khalidah Adibah Zubir, Kapt Masuan Ali YDP PIBG, barisan guru-guru yang bertungkus lumus dan para peserta . Moga aktiviti ini akan menjadi wadah kepada proses perkembangan potensi diri semua pihak. Sekian.

7 TABIAT UTAMA YANG AMAT BERKESAN




THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE

1.( Be Proactive ) Pro-aktifMaksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.
2. ( Begin With The End In Mind ) Mula dengan wawasan di dalam minda.Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.
3. ( Put First Things First ) Utamakan yang utamaDalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.
4. ( Think Win-Win ) Fikirkan Menang-MenangApabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.
5. ( Seek First To Understand, Then To Be Understood ) Dengar dahulu sebelum berkataSebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.
6. ( Synergize ) Sepadukan usahaAmalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.
7. ( Sharpen The Saw ) Tajamkan pedangDari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

KEMPEN KESELAMATAN JALAN HIDUP


"buta mata tak nampak jalan di dunia kerana tidak nampak cahaya,
tidak tahu ke mana hendak di tuju ke hilir atau ke hulu,
selamatlah di dunia fana ini bilamana mata tidak buta ,
melalui perjalanan ini kerana ia sudah biasa,
ada pedoman yang membimbing kita, tongkat ditangan membantu jua,
boleh jadi orang simpati yang membawa
TAPI JIKA BUTA HATI MENDERITA..."




SELAMAT DATANG RAMADHAN


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.

1-Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.

2-Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
3-Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
4-Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5-Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Rabu, 13 Ogos 2008

PENGHANTARAN BORANG MATRIKULASI

KEPADA SEMUA PELAJAR SAAS YANG MEMBELI BORANG MATRIKULASI. Anda dikehendaki mengisi borang OMR dahulu dengan menggunakan pensil shj(tidak dibenarkan menggunakan pen). borang OMR ini hendaklah dihantar ke unit kaunseling pada 14 Ogos 2008, Khamis untuk dikumpulkan dan ditandatangani oleh pengetua. Sila serahkan kepada ketua kelas dan ketua kelas yang menyerahkan kepada kaunselor. sekian untuk makluman.

Isnin, 11 Ogos 2008

Atasi Diskriminasi Guru Lulusan IPTA



Atasi 'diskriminasi' guru lulusan IPTA SERDANG 29 Julai - Kerajaan akan berusaha mengatasi masalah 'diskriminasi' yang dialami guru lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dibebankan dengan pelbagai syarat ketat sebelum dibenarkan mengajar di sekolah. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara syarat itu ialah mesti lulus dengan purata gred kumulatif (CGPA) minimum 2.75 sebelum layak mengambil ujian dan ditemuduga untuk jawatan guru."Syarat ini yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran perlu dikaji semula memandangkan guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak perlu mematuhinya sebaliknya terus di tempatkan di sekolah."Perkara ini seolah-olah menafikan pendidikan dan latihan yang diberikan pensyarah di IPTA dan mengurangkan minat graduan untuk menjadi guru," katanya dalam ucapan perasmian Program Sekolah Kluster-Universiti dan Seminar Permuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Tahun 2008 di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Idris Haron.IPG kini melatih guru untuk peringkat prasekolah dan sekolah rendah manakala IPTA memberikan fokus untuk melahirkan tenaga pengajar di sekolah menengah, kolej matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik. KualitiMohamed Khaled yang berharap masalah itu diselesaikan menerusi seminar permuafakatan itu berkata, isu lain yang perlu diatasi ialah berkaitan sebilangan kecil pelajar perguruan di IPTA yang mendapat pembiayaan Kementerian Pelajaran berbanding pelajar di IPG yang semuanya diberikan pembiayaan."Kualiti pelajar yang memohon program perguruan juga perlu dilihat semula oleh kedua-dua kementerian kerana berlaku ketidakseragaman syarat asas kemasukan. "Syarat kemasukan di IPG ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala ke IPTA pula Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau matrikulasi," jelasnya.Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya, Dr. Wee Ka Siong berkata, sebanyak 60 sekolah kluster akan dijadikan sekolah angkat kepada IPTA menerusi Program Sekolah Kluster-Universiti. Beliau berkata, langkah itu akan membolehkan IPTA berperanan sebagai mentor kepada pihak sekolah yang akan dibenarkan menggunakan kemudahan di universiti bagi melakukan penyelidikan dan pengkomersialan ciptaan baru."Sekolah angkat ini akan berpeluang menggunakan perpustakaan dan juga terlibat dalam program akademik dan kemasyarakatan anjuran IPTA. "Sekolah juga akan dapat menggunakan gimnasium, kolam renang dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan dan pensyarah sukan yang berkelayakan tinggi di universiti," jelasnya.

Penubuhan 3 Bahagian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia-Bahagian Bimbingan dan Kaunseling



PUTRAJAYA 1 Ogos - Kementerian Pelajaran menubuhkan tiga bahagian baru bagi memperkasakan sistem pendidikan negara di bawah penstrukturan semula kementerian itu yang bermula sejak Mac lalu.Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, tiga bahagian baru tersebut adalah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Bahagian Psikologi dan Kaunseling dan Unit Pengurusan Sumber Manusia. ''Di samping itu, sektor pendidikan juga dibahagikan kepada tiga teras utama iaitu Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Sektor Operasi Pendidikan dan Sektor Pembangunan Profesionalisme. ''Menerusi penstrukturan semula itu, sebanyak 17 jawatan guru dan pegawai telah dinaikkan gred," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) 2007 dan Perhimpunan Bulan Ogos di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong. Seramai 354 pegawai dan guru menerima APC 2007. Kali terakhir proses penstrukturan semula kementerian dilakukan pada 1995. Hishammuddin memberitahu, bagi memastikan sistem penyampaian pendidikan dapat disalurkan dengan lebih berkesan, pemantapan organisasi turut dilaksanakan di peringkat pejabat pelajaran daerah (PPD). ''Keputusan kerajaan untuk meluluskan penubuhan lapan PPD baru telah mewujudkan 92 jawatan baru dan daripada jumlah tersebut, 52 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). ''Selain itu, 20 jawatan Pegawai Pelajaran Daerah Model A yang melibatkan negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur, telah dinaikkan gred," katanya.

Ahad, 10 Ogos 2008

RIMBUN KEAMPUNAN


Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan
Mu Oh Tuhan

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Kepayahan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

PETUNJUK ILAHI

"...dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajjud' padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
-al isra':79

Khamis, 7 Ogos 2008



Kuala Lumpur : Pihak Lembaga Kaunselor akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Lembaga Kauselor 2008 pada 11-13 November 2008 bertempat di Legend Hotel, Kuala Lumpur.

Tema Persidangan pada kali ini adalah " Amalan Terbaik Dalam Kaunseling Untuk Komuniti" "The Best Practice In Counselling For Community".

Objektif Persidangan kali ini adalah:
* Meningkatkan tahap kecekapan kaunselor dalam mengendalikan perkhidmatan kaunseling untuk kesejahteraan komuniti;

* Meningkatkan tahap profesionalisme kaunselor dalam pembangunan komuniti;
* Menambanhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada melalui pembentangan dan bengkel berkaitan isu-isu kaunseling komuniti;
* Memperkenalkan teori, teknik dan kaedah baru dalam perkhidmatan kaunseling untuk komuniti.

Yuran Penyertaan:
Kaunselor Berdaftar

Dengan Penginapan (Dua Orang Sebilik) : RM650.00;
Tanpa Penginapan : RM400.00
Bukan Kaunselor Berdaftar
Dengan Penginapan (Dua Orang Sebilik) : RM750.00;
Tanpa Pengnapan : RM500.00

Semua Kaunselor Berdaftar dijemput hadir. Maklumat lanjut akan diberikan dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih

Selasa, 5 Ogos 2008

FIKIR ( sumber Kr wardiah sarawak)



Marilah sejenak kita bermuhasabah dengan berfikir dan merenungi apa saja yang telah kita lakukan hari ini.Anda tanya dan jawab sendiri terhadap perkara2 berikut insyaAllah bermanfaat :

Sudahkah kita mengingati Allah ketika bangun tidur ?
Sudahkah kita sholat Subuh di Masjid pada hari ini ?
Sudahkah kita membaca berzikir ingatkan Allah pada pagi hari ini ?
Sudahkah kita memulai hari ini dengan meminta kepada Allah rezkii yang halal dan berhati-hati dalam mencarinya ?
Sudahkah kita memelihara seluruh solat kita dengan dengan berjamaah di Masjid pada waktunya ?
Sudahkah kita melaksanakan sholat rawatib dan tawattu ?
Adakah kita disiplin membaca wirid setiap selesai adzan dan solat ?
pastikah kita pada hari ini khusyu dalam sholat dengan menghayati apa yang kita baca ?Sudahkah kita bertaqwa kepada Allah dalam menjalankan usaha mencari rezeki halal,makan,minum dan berpakaian?
Sudahkah kita memuji Allah atas nikmat Islam dan Iman pada hari ini ?
Sudahkah kita memuji Allah atas nikmat pendengaran, penglihatan dan nikmat-nikmat yang lain ?
Sudahkah kita membaca,mengaji dan menghafalkan serta mengamalkan isi Kitabullah dan Hadis Rasulullah SAW ?
Sudahkah pada hari ini kita belajar sesuatu dari sesuatu kewajiban agama dan hadir di pengajian ?
Sudahkah kita membaca Solawat atas Nabi Muhammad SAW pada hari ini ?
Sudahkah kita memberi nasihat karena Allah ?
Sudahkah pada hari ini kita menangis karena takut siksaan Allah ?
Sudahkah pada hari ini kita mohon ampun atas segala dosa-dosa kita ?
Sudahkah kita berdo'a kepada Allah agar diteguhkan agama kita ?
Sudahkah hati kita dibersihkan dari penyakit-penyakit suka mungkar dan wahn (suka dunia dan benci mati) ?
Sudahkah kita beramar ma'ruf nahi munkar ?

Mudah-mudahan pertanyaan-pertanyaan di atas semakin menambah keImanan dan ketaqwaan serta sifat ihsan kita Kepada Allah SWT. Yang kurang kita tambah dan yang sedia baik ada kita tambah baik suapaya menjadi lebih baik

KEM MOTIVASI PENGAWAS PERCUBAAN '08


Pada 2 Ogos 2008, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin SMK SAAS telah mengadakan kem motivasi kepimpinan pengawas di SMK Sultan Abdul Aziz Shah. Kursus sehari itu yang bermula pada 7.30pg sehingga 5.30ptg telah dirasmikan oleh Kapt Masuan Ali, YDP PIBG SMK SAAS.

Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga terlatih dalaman iaitu diketuai oleh Cr. Rosli Suyot, Kaunselor SMK SAAS, Pn. Haizan Mustafa, Pn. Noraziyah Yahaya , En Afindi Bakar , Ust Zulkifli dan Pn. Asmah serta Pn. Salina Ting Abdullah. Disepanjang program ini PKHEM, Pn. Hjh.Rosmawati Kamaruddin turut hadir memantau, membantu dan memberikan sokongan padu kepada tenaga pengerak.

Kursus ini dimulakan dengan pendaftaran, diikuti latihan kawad kaki, Ceramah ciri kepimpinan, ceramah tatacara perlaksanaan disiplin sekolah, ice breaking dan team building. Menerusi post mortem oleh para peserta mereka merasakan program ini sangat baik untuk diteruskan, bermanfaat, menyeronokan disamping memberikan input baru kepada mereka.

Tahniah Unit Kaunseling, tahniah Unit Disiplin, tahniah PKHEM dan tahniah kepada semua pengawas dan wargakerja yang terlibat. Semoga usaha anda semua mendapatganjaran sebaik-baiknya daripada Allah swt, amin..

Seminar Menggapai Menara Gading Tingkatan 6



Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama penyelaras tingkatan 6 telah menganjurkan Seminar Menggapai Menara Gading '08 pada 4 -6 Ogos 2008. Seminar ini bertujuan menyuntik semangat belajar disaat-saat akhir menempuhi peperiksaan STPM.

Seminar ini bermula dengan slot motivasi dan keinsafan yang dikendalikan oleh Cr. Rosli Suyot, kaunselor SMK SAAS. Slot ini dikendalikan dengan baik di mana para pelajar dibawa mengenali diri, latar belakang perjalanan kehidupan , memahami matlamat yang sedang dikejar dan apakah tindakan yang harus dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Seterusnya pelajar didedahkan dengan teknik menjawab kertas Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Geografi. Program ini adalah program tahunan yang diadakan di SMK SAAS dan ia merupakan salah satu program yang melonjakan keputusan STPM SMK SAAS. pada tahun lepas lebih 50% calon STPM berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA. Diharapkan program kali ini mampu mengukir sejarah gemilang untuk calon STPM tahun ini, insya'Allah. "Maju pelajar, Maju SAAS, Maju Negara!!

Isnin, 4 Ogos 2008

100000 ucapan kemerdekaan!!


SMK Sultan Abdul Aziz Shah telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah di negeri Selangor untuk menyertai aktiviti mengumpul 100000 ucapan kemerdekaan. Aktiviti ini yang dilancarkan pada pagi Isnin 04 Ogos 2008 oleh Pn. Junaidah Tukimn, Pengetua Kanan SMK SAAS yang mendapat perhatian warga SAAS.


Ribuan pelajar secara bergilir-gilir menuliskan ucapan dan tandatangan keatas kain putih yang telah dibekalkan. Aktiviti kemuncak program ini adalah 'press conference' yang akan diadakan di UIA dimana pada hari tersebut semua kain-kain ini akan disatukan sehingga berukuran 5.1km dan akan dicatatkan didalam 'gennieus Malaysian Book of Record' sebagai lambang kesungguhan warga sekolah dan remaja di dalam menghargai nikmat kemerdekaan.

Sabtu, 2 Ogos 2008

RAHSIA MELEMBUTKAN HATI & MENJERNIHKAN FIKIRAN

'SIAPA YANG MENINGGALKAN PERBUATAN DOSA, MENJADI LEMBUTLAH HATINYA. SIAPA YANG MENJAUHKAN DIRI DARI YANG HARAM, LALU MEMAKAN MAKANAN YANG HALAL, MENJADI JERNIHLAH FIKIRANNYA. ALLAH SWT TELAH MEWAHYUKAN KEPADA SEBAHAGIAN NABI-NABINYA DENGAN FIRMANNYA :' PATUHILAH APA YANG TELAH AKU SURUH DAN JANGAN ENGKAU LANGGAR AKAN NASIHATKU'

3 PERKARA


Ada 3 perkara yang boleh menyelamatkan, ada 3 perkara yang boleh membinasakan serta ada 3 perkara yang dapat meninggikan darjat dan ada 3 perkara yang mampu menghapuskan dosa.
Adapun yang menyelamatkan itu ialah :
1) Takut kepada Allah pada masa bersembunyi dan terang-terangan.
2) Berjimat dalam keadaan miskin dan kaya.
3) Tetap adil ketika senang dan marah.

Adapun yang membinasakan ialah :
1) Amat bakhil.
2) Memperturutkan nafsu.
3) Merasa hairan melihat kehebatan dirinya.

Adapun perkara yang meninggikan darjat ialah:
1) Menyebarkan ucapan salam.
2) Suka memberi makan.
3) Melaksanakan solat diwaktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur.

dan adapun 3 perkara yang menghapuskan dosa ialah :
1) Tetap menyempurnakan wudu' ditengah-tengah malam yang amat sejuk.
2) Melangkahkan kaki ke tempat diadakan solat berjamaah dan
3) Suka menunggu kedatangan waktu solat selepas menunaikan solat.

Khamis, 31 Julai 2008

DOA UNTUK KEKASIH


rahsia 'DIAM'

" Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam. Tetapi apabila engkau berkata, ditulis bagi engkau atau atas engkau (yang baik atau yang jahatnya)
: hadith riwayat Muaz bin Jabal

JALAN PARA ULAMA'.. JALAN KEJAYAAN.. JALAN KE SYURGA


Rabu, 30 Julai 2008

BAGAIMANA MENGHARGAI SESEORANG (sumber Amal-Halaman Hayat)


Ada pertanyaan tentang - bagaimana kita boleh menunjukkan penghargaan terhadap seseorang..? Apakah dengan memberinya sebungkus hadiah? Sekuntum bunga? Atau barangan yang mahal? Atau, cukup sekadar ucapan penghargaan dan 'terima kasih'..?[*Tentu saudara juga mempunyai pelbagai pandangan bagi menjawab persoalan ini.]
Saya ingin berkongsi pandangan berikut, yang mana kita tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk menghargai seseorang, dengan memberinya hadiah. Cuma, ketulusan rasa dan keikhlasan tenaga - merupakan 10 hadiah paling mudah (dan murah!) * [Walau bagaimanapun, saudara perlu menyesuaikan dengan keadaan- iaitu siapa penerimanya, serta tidak pula melanggar batas susila]

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan merancang bagaimana untuk membalas/mengutuk dan sebagainya. Tetapi, tunjukkan minat dan menjadi pendengar yang setia.

2. Hadiah Tanda Kasih: Usah kedekut memberikan pelukan, ciuman dan belaian tangan. Biarkan perlakuan ini untuk menunjukkan kasih sayang kita terhadapnya.

3. Hadiah Secebis Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau, sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel/sketsa. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa (berhibur) bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang padan dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi terhadap seseorang yang mempunyai nilai rendah diri/rendah hati.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang!

10. Hadiah Doa: Hadiah paling berharga! Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka- yang mereka setiasa berada di dalam doa kita. Ingat saudara, ini sekadar saranan/pandangan. Harap sesuaikan dengan situasi orang yang dihargai itu, dengan situasi keadaannya. Semoga dapat membantu!-Apa pula pandangan/komen saudara?

TAFAKUR (sumber Amal-Halaman Hayat)


DOSA manakah yang paling besar- minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh..?
Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, Dalam khutbah tersebut, Khalifah Ustman mengingatkan umat manusia agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dikisahkan suatu ketika dahulu, hidup seorang abid yang rajin beribadah ke masjid. Suatu hari, lelaki itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.Kerana sudah terpikat, lelaki itu menuruti saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaan perempuan cantik itu, tentang kemaksiatan:

Pertama, minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Dalam tanggapannya, minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu. lantas si abid itu memilih minum khamr.Tetapi apa yang terjadi, dengan meminum arak yang memabukkan itu, dia turut melakukan dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu, seterusnya membunuh bayi di sisinya."Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa.

Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."

[ Catatan : Remaja kita (khususnya orang Melayu) sudah ramai yang terlibat dengan minuman keras. Selain gejala sosial, penagihan dadah, seks bebas, merempit, dll.. Bersamalah kita memain peranan agar generasi pewaris kita tidak terjebak dengan gejala ini. ]

Fikir , Zikir & Amal

Tasbih & Tahmid.... ( sumber amal-halaman hayat)
Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.

Ash-Shura :: 27

Jumaat, 25 Julai 2008

"Terima kasih cikgu"


PRS menyampaikan cenderahati kenangan kepada cikgu Noriah dan cikgu Fairuz pada hari akhir beliau bertugas (praktikal) di SAAS. Mereka telah menyumbangkan bakti selama 3 bulan iaitu bermula 21 April hingga 25 Julai 2008. Didoakan semoga mereka selamat bertugas di tempat baru dan halalkan segala tunjuk ajar kepada kami, warga SAAS.

Ahad, 20 Julai 2008

KELEBIHAN AMALAN TERSEMBUNYI

Sesungguhnya amalan secara tersembunyi itu lebih utama daripada 70 pergandaan amalan secara terang, manakala amalan yang terang untuk diikuti pula lebih utama daripada amalan tersembunyi dengan 70 pergandaan-Maksud Hadith.

SABDA NABI

((Bahawa segala sesuatu itu ada penyakit:
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit Ilmu itu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budipekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah keterlaluan
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah bangga
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah menonjol diri
Penyakit kaya adalah kedekut
Penyakit taat adalah berlebih-lebihan
Penyakit agama adalah hawa nafsu))

JUTAAN PENGHARGAAN


Pihak UBK SMK SAAS mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada dua orang guru praktikum kaunseling iaitu Cik Noriah dan Cik Fairuz di atas sumbangan baktinya kepada pelajar sekolah ini. Bermula 21 April lalu mereka melapor diri sebagai guru praktikal upm. Sepanjang tempoh itu banyak sumbangan yang telah diberikan dengan memberikan khidmat cemerlang dan bersungguh-sungguh membantu melicinkan program dan aktiviti unit kaunseling. Kini, pada 25 Julai 2008 berakhirlah tempoh perkhidmatan praktikum mereka di SAAS. Mudah-mudahan segala bimbingan dan tunjuk ajar mereka kepada pelajar SAAS akan menjadi pegangan yang baik dan mudah-mudahan langkah mereka selepas ini akan lebih cemerlang... gemilang dan terbilang. Tahniah... jasamu dalam ingatan!! : ketua unit kaunseling

Komen dan cadangan

Assalamualaikum.
Kepada semua warga SAAS, pelajar dan guru-guru. Anda semua dijemput untuk melayari blog ini dan dengan berbesar hati dipersilakan untuk memberikan komen, cadangan dan membuka topik perbincangan untuk sama-sama kita ulas menerusi blog ini.
Mudah-mudahan dengan perbincangan tersebut dapat membantu menyelesaikan sebarang masalah atau kekeliruan yang dirasai . tq : cikli

Sabtu, 19 Julai 2008

SEMINAR PECUTAN TERAKHIR SPM


Unit Kaunseling dengan kerjasama JK Program Lonjakan Bestari akan mengadakan seminar pecutan terakhir SPM pada 25 dan 26 Julai bertempat di Kolej Kausar UKM. Seminar ini bertujuan meningkatkan pencapaian akademik pelajar tingkatan lima dan mensasarkan 20 orang mendapat straight A's dalalam SPM akan datang.

sasaran program ini adalah 130orang pelajar cemerlang dan subjek tumpuan adalah matematik tambahan, kimia, fizik, prinsip akaun dan bahasa melayu. Tahniah ubk SAAS atas inisiatif untuk memajukan anak bangsa.

Pertandingan Dikir Barat Kesejadah Hulu Langat : High School Johan lagi


Pertandingan kali ini, SMKSAAS sekali lagi menjadi tuan rumah seperti tahun lepas. Kali ini 4 buah sekolah sahaja yang menyertai pertandingan iaitu SMK SAAS, High School, Maahad Hamidiah dan Teknik Kajang.

Kesemua pasukan memberikan penampilan terbaik namun juara tahun lepas sekali lagi dapat menewaskan SMKSAAS iaitu pesaing tradisi dalam acara dikir barat ini. Keputusannya tempat pertama dimenangi SMK Tinggi Kajang, naib johan SMK SAAS dan tempat ketiga SMKA maahad Hamidiah Kajang.



Tahniah kepada SMKSAAS kerana berjaya menjadi penganjur dan memastikan kelancaran program.

Kem Genarasi Pewaris PRS SAAS-Saujana Impian-Taman Jasmin


Pada bulan Jun 2008 SMK SAAS, SMK Saujana Impiandan SMK taman Jasmin telah mengadakan kursus kejurulatihan PRS yang diberi nama Kem Generasi Pewaris. Kursus ini telah diadakan di Kolej Zaaba UKM selama 3hari 2 malam. Antara aktiviti menarik ialah memakai topi rekaan masing-masing kemudian mengumpulkan tandatangan daripada orang awam disekitar Pasaraya bintang dan UKM.

Bakti PRS kerumah anak yatim


PRS SMKSAAS berjaya mengumpul RM1250 dan 20 kotak pakaian terpakai serta 12 hamper kuih raya untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim Nur Hikmah dan dan Darul Fuqaha. Moga usaha murni dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kenangan bersama PRS SMK SAAS 2008


Inilah barisan Pembimbing Rakan Sebaya SMK SAAS Kajang sesi 2008. Komitmen yang tinggi dan minat yang mendalam mampu mengangkat PRS kemercu kegemilangan di sekolah.

Jumaat, 18 Julai 2008

PRS sebagai unit sokongan UBK

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu unit pelajar yang ditubuhkan bermatlamat untuk membantu kaunselor dalam menyebarluaskan peranan dan perkhidmatan unit kaunseling. Melalui mereka 'imej sebenar' kaunselor dan unit kaunseling dapat diperkenalkan kepada warga sekolah. Ini sekaligus membantu mempromosikan tugasan peranan unit kaunseling yang mungkin sebelum ini penuh dengan pelbagai 'dongengan dan labeling'.

diharapkkan usaha ini boleh menjadi wadah bagi golongan 'diffrent adult' ini bagi menghampiri alam remaja yang penuh dengan cabaran dengan hasrat dapat membimbing mereka menjadi bakal pemimpin masa depan yang cemerlang.