Khamis, 31 Julai 2008

DOA UNTUK KEKASIH


rahsia 'DIAM'

" Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam. Tetapi apabila engkau berkata, ditulis bagi engkau atau atas engkau (yang baik atau yang jahatnya)
: hadith riwayat Muaz bin Jabal

JALAN PARA ULAMA'.. JALAN KEJAYAAN.. JALAN KE SYURGA


Rabu, 30 Julai 2008

BAGAIMANA MENGHARGAI SESEORANG (sumber Amal-Halaman Hayat)


Ada pertanyaan tentang - bagaimana kita boleh menunjukkan penghargaan terhadap seseorang..? Apakah dengan memberinya sebungkus hadiah? Sekuntum bunga? Atau barangan yang mahal? Atau, cukup sekadar ucapan penghargaan dan 'terima kasih'..?[*Tentu saudara juga mempunyai pelbagai pandangan bagi menjawab persoalan ini.]
Saya ingin berkongsi pandangan berikut, yang mana kita tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk menghargai seseorang, dengan memberinya hadiah. Cuma, ketulusan rasa dan keikhlasan tenaga - merupakan 10 hadiah paling mudah (dan murah!) * [Walau bagaimanapun, saudara perlu menyesuaikan dengan keadaan- iaitu siapa penerimanya, serta tidak pula melanggar batas susila]

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan merancang bagaimana untuk membalas/mengutuk dan sebagainya. Tetapi, tunjukkan minat dan menjadi pendengar yang setia.

2. Hadiah Tanda Kasih: Usah kedekut memberikan pelukan, ciuman dan belaian tangan. Biarkan perlakuan ini untuk menunjukkan kasih sayang kita terhadapnya.

3. Hadiah Secebis Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau, sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel/sketsa. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa (berhibur) bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang padan dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi terhadap seseorang yang mempunyai nilai rendah diri/rendah hati.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang!

10. Hadiah Doa: Hadiah paling berharga! Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka- yang mereka setiasa berada di dalam doa kita. Ingat saudara, ini sekadar saranan/pandangan. Harap sesuaikan dengan situasi orang yang dihargai itu, dengan situasi keadaannya. Semoga dapat membantu!-Apa pula pandangan/komen saudara?

TAFAKUR (sumber Amal-Halaman Hayat)


DOSA manakah yang paling besar- minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh..?
Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, Dalam khutbah tersebut, Khalifah Ustman mengingatkan umat manusia agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dikisahkan suatu ketika dahulu, hidup seorang abid yang rajin beribadah ke masjid. Suatu hari, lelaki itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.Kerana sudah terpikat, lelaki itu menuruti saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaan perempuan cantik itu, tentang kemaksiatan:

Pertama, minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Dalam tanggapannya, minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu. lantas si abid itu memilih minum khamr.Tetapi apa yang terjadi, dengan meminum arak yang memabukkan itu, dia turut melakukan dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu, seterusnya membunuh bayi di sisinya."Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa.

Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."

[ Catatan : Remaja kita (khususnya orang Melayu) sudah ramai yang terlibat dengan minuman keras. Selain gejala sosial, penagihan dadah, seks bebas, merempit, dll.. Bersamalah kita memain peranan agar generasi pewaris kita tidak terjebak dengan gejala ini. ]

Fikir , Zikir & Amal

Tasbih & Tahmid.... ( sumber amal-halaman hayat)
Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.

Ash-Shura :: 27

Jumaat, 25 Julai 2008

"Terima kasih cikgu"


PRS menyampaikan cenderahati kenangan kepada cikgu Noriah dan cikgu Fairuz pada hari akhir beliau bertugas (praktikal) di SAAS. Mereka telah menyumbangkan bakti selama 3 bulan iaitu bermula 21 April hingga 25 Julai 2008. Didoakan semoga mereka selamat bertugas di tempat baru dan halalkan segala tunjuk ajar kepada kami, warga SAAS.

Ahad, 20 Julai 2008

KELEBIHAN AMALAN TERSEMBUNYI

Sesungguhnya amalan secara tersembunyi itu lebih utama daripada 70 pergandaan amalan secara terang, manakala amalan yang terang untuk diikuti pula lebih utama daripada amalan tersembunyi dengan 70 pergandaan-Maksud Hadith.

SABDA NABI

((Bahawa segala sesuatu itu ada penyakit:
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit Ilmu itu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budipekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah keterlaluan
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah bangga
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah menonjol diri
Penyakit kaya adalah kedekut
Penyakit taat adalah berlebih-lebihan
Penyakit agama adalah hawa nafsu))

JUTAAN PENGHARGAAN


Pihak UBK SMK SAAS mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada dua orang guru praktikum kaunseling iaitu Cik Noriah dan Cik Fairuz di atas sumbangan baktinya kepada pelajar sekolah ini. Bermula 21 April lalu mereka melapor diri sebagai guru praktikal upm. Sepanjang tempoh itu banyak sumbangan yang telah diberikan dengan memberikan khidmat cemerlang dan bersungguh-sungguh membantu melicinkan program dan aktiviti unit kaunseling. Kini, pada 25 Julai 2008 berakhirlah tempoh perkhidmatan praktikum mereka di SAAS. Mudah-mudahan segala bimbingan dan tunjuk ajar mereka kepada pelajar SAAS akan menjadi pegangan yang baik dan mudah-mudahan langkah mereka selepas ini akan lebih cemerlang... gemilang dan terbilang. Tahniah... jasamu dalam ingatan!! : ketua unit kaunseling

Komen dan cadangan

Assalamualaikum.
Kepada semua warga SAAS, pelajar dan guru-guru. Anda semua dijemput untuk melayari blog ini dan dengan berbesar hati dipersilakan untuk memberikan komen, cadangan dan membuka topik perbincangan untuk sama-sama kita ulas menerusi blog ini.
Mudah-mudahan dengan perbincangan tersebut dapat membantu menyelesaikan sebarang masalah atau kekeliruan yang dirasai . tq : cikli

Sabtu, 19 Julai 2008

SEMINAR PECUTAN TERAKHIR SPM


Unit Kaunseling dengan kerjasama JK Program Lonjakan Bestari akan mengadakan seminar pecutan terakhir SPM pada 25 dan 26 Julai bertempat di Kolej Kausar UKM. Seminar ini bertujuan meningkatkan pencapaian akademik pelajar tingkatan lima dan mensasarkan 20 orang mendapat straight A's dalalam SPM akan datang.

sasaran program ini adalah 130orang pelajar cemerlang dan subjek tumpuan adalah matematik tambahan, kimia, fizik, prinsip akaun dan bahasa melayu. Tahniah ubk SAAS atas inisiatif untuk memajukan anak bangsa.

Pertandingan Dikir Barat Kesejadah Hulu Langat : High School Johan lagi


Pertandingan kali ini, SMKSAAS sekali lagi menjadi tuan rumah seperti tahun lepas. Kali ini 4 buah sekolah sahaja yang menyertai pertandingan iaitu SMK SAAS, High School, Maahad Hamidiah dan Teknik Kajang.

Kesemua pasukan memberikan penampilan terbaik namun juara tahun lepas sekali lagi dapat menewaskan SMKSAAS iaitu pesaing tradisi dalam acara dikir barat ini. Keputusannya tempat pertama dimenangi SMK Tinggi Kajang, naib johan SMK SAAS dan tempat ketiga SMKA maahad Hamidiah Kajang.



Tahniah kepada SMKSAAS kerana berjaya menjadi penganjur dan memastikan kelancaran program.

Kem Genarasi Pewaris PRS SAAS-Saujana Impian-Taman Jasmin


Pada bulan Jun 2008 SMK SAAS, SMK Saujana Impiandan SMK taman Jasmin telah mengadakan kursus kejurulatihan PRS yang diberi nama Kem Generasi Pewaris. Kursus ini telah diadakan di Kolej Zaaba UKM selama 3hari 2 malam. Antara aktiviti menarik ialah memakai topi rekaan masing-masing kemudian mengumpulkan tandatangan daripada orang awam disekitar Pasaraya bintang dan UKM.

Bakti PRS kerumah anak yatim


PRS SMKSAAS berjaya mengumpul RM1250 dan 20 kotak pakaian terpakai serta 12 hamper kuih raya untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim Nur Hikmah dan dan Darul Fuqaha. Moga usaha murni dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kenangan bersama PRS SMK SAAS 2008


Inilah barisan Pembimbing Rakan Sebaya SMK SAAS Kajang sesi 2008. Komitmen yang tinggi dan minat yang mendalam mampu mengangkat PRS kemercu kegemilangan di sekolah.

Jumaat, 18 Julai 2008

PRS sebagai unit sokongan UBK

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu unit pelajar yang ditubuhkan bermatlamat untuk membantu kaunselor dalam menyebarluaskan peranan dan perkhidmatan unit kaunseling. Melalui mereka 'imej sebenar' kaunselor dan unit kaunseling dapat diperkenalkan kepada warga sekolah. Ini sekaligus membantu mempromosikan tugasan peranan unit kaunseling yang mungkin sebelum ini penuh dengan pelbagai 'dongengan dan labeling'.

diharapkkan usaha ini boleh menjadi wadah bagi golongan 'diffrent adult' ini bagi menghampiri alam remaja yang penuh dengan cabaran dengan hasrat dapat membimbing mereka menjadi bakal pemimpin masa depan yang cemerlang.