Rabu, 30 Julai 2008

TAFAKUR (sumber Amal-Halaman Hayat)


DOSA manakah yang paling besar- minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh..?
Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, Dalam khutbah tersebut, Khalifah Ustman mengingatkan umat manusia agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dikisahkan suatu ketika dahulu, hidup seorang abid yang rajin beribadah ke masjid. Suatu hari, lelaki itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.Kerana sudah terpikat, lelaki itu menuruti saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaan perempuan cantik itu, tentang kemaksiatan:

Pertama, minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Dalam tanggapannya, minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu. lantas si abid itu memilih minum khamr.Tetapi apa yang terjadi, dengan meminum arak yang memabukkan itu, dia turut melakukan dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu, seterusnya membunuh bayi di sisinya."Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa.

Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."

[ Catatan : Remaja kita (khususnya orang Melayu) sudah ramai yang terlibat dengan minuman keras. Selain gejala sosial, penagihan dadah, seks bebas, merempit, dll.. Bersamalah kita memain peranan agar generasi pewaris kita tidak terjebak dengan gejala ini. ]

Tiada ulasan: